ASSALAMUALAIKUM
SAHABAT PENCINTA ILMU YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN
GRABNGAJI
BAWAKAN KHAS UNTUK ANDA
SEMINAR BERCINTA DENGAN SURAH 4 QUL !!!
AKAN DATANG
BERMULA 0GOS 2022
Surah-surah terakhir dalam al-Quran khususnya 4 Qul sering dilihat daripada konteks peribadahan khusus dan perlindungan diri. Seperti surah Qulya dan Qulhu yang sering dibacakan dalam solat-solat sunat, khususnya solat Sunat Subuh dan Sunat Maghrib.
Begitu juga Surah al-Falaq dan al-Nas atau lebih dikenali sebagai al-Mu`awwizatain yang selalu dilihat dari konteks perlindungan diri dan perawatan ruqyah syar`iyyah.
Namun sedar atau tidak, surah-surah ini terletak pada penghujung al-Quran yang berfungsi merumuskan pengajaran-pengajaran penting yang dibawakan bermula al-Fatihah.
Menurut mufassir seperti al-Razi dan al-Farahi misalannya, Surah Qulya dilihat daripada aspek kemenangan umat Islam sekaligus pembentukan kerajaan yang besar.
Surah Qulhu pula mendokong 4 aspek ketauhidan yang besar sekaligus menafikan segala agama selain Islam. Bukan itu sahaja, malah surah ini membentuk nilai pejuang Islam yang sentiasa meletakkan nilai tauhid sebagai nilaian terpenting dalam kehidupan mereka.
Surah al-Mu`awwizatain pula tidak cukup untuk diletakkan dalam lingkaran perlindungan diri dan ruqyah syar`iyyah semata-mata.
Kedua-dua surah ini sebenarnya dapat membentuk jati diri dan integriti yang besar dalam diri umat Islam, sehingga memungkinkan mereka menjauhi segala keburukan akhlak seperti rasuah, salah guna kuasa, penindasan dan ribawi. Justeru munasabahnya surah-surah ini duduk di akhir sebagai penutup al-Quran
Agak malang bukan apabila surah-surah sepenting ini hanya difahami daripada satu konteks dan tidak diperluaskan?
Atas kesedaran ini, GrabNgaji Malaysia berbesar hati menganjurkan program Bercinta dengan 4 Qul sebagai kesinambungan Bercinta dengan al-Fatihah.
Kehadiran 4 orang ustaz ustazah jemputan ini, bagi kami insha Allah cukup untuk memuaskan keinginan dan kemahuan menerobos lautan ilmu yang bakal memberikan suluhan baharu terhadap kefahaman surah ini.
Kami mempunyai kepercayaan yang sangat besar, apabila surah-surah seperti ini difahami dalam kerangka kefahaman yang betul, impian kita melihat umat yang lebih berkualiti akan berjaya direalisasikan. Insha Allah.
1 SIRI DENGAN HARGA
HANYA RM 10
ATAU
GRAB SEMUA 4 SIRI SEKALI
DENGAN HANYA
RM 20 SAHAJA
- JUMPA DI SEMINAR ILMU YA~~ GRABNGAJI - SHOP ~~DAPATKAN NASKAH COLOURFUL AL-QURAN CANTIK DAN PREMIUM KAMI