Ramadan Spiritual Healing
Antara kita ramai yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk melancong ke tempat yang boleh membawa ketenangan padanya. Ke tempat yang jauh dari kesibukan dunia.
Jom bersama-sama kami meneroka "journey of healing" bersama sama Al-Quran untuk menyembuhkan jiwa agar kembali kepada fitrahnya.
Sempena bulan Ramadan yang paling istimewa dan dimuliakan dengan penurunan Al-Quran, healing dengan Al-Quran merupakan cara terbaik dan sangat ampuh untuk menyembuhkan jiwa yang luka dan meluruskan sudut pandang kita dalam kehidupan ini.
Ramadan yang sinonim sebagai bulan mensucikan jiwa merupakan peluang daripada Allah swt untuk kita mendekat dan menikmati firmanNya yang benar dan menyentuh sanubari kita sebagai ciptaan terbaikNya.
Untuk memenuhi keperluan insaniah ini, GrabNgaji berusaha untuk menganjurkan Seminar Ramadan : Spiritual Healing yang bertemakan Surah Musabbihat antara 7 Surah yang bermula dengan tasbih.
Pemilihan tema ini adalah berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh ‘Irbadh Ibn Sariyah radhiyallahu ‘anhu, “Bahawa Rasulullah s.a.w selalu membaca surah Al-Musabbihat sebelum berbaring (tidur)”. Beliau berkata bahawa di dalam surah-surah Al-Musabbihat itu terdapat satu ayat yang lebih utama dari seribu ayat. (HR. Tirmidzi)
Ayat yang lebih utama dari seribu ayat! Menarik bukan?
Kali ini GrabNgaji kumpulkan 3 surah istimewa ini ( Al Hasyr, As Soff dan Al Jumu'ah) yang akan disampaikan oleh 3 orang ilmuwan agar kita sama sama mendapat bimbingan, suluhan dan pencerahan daripada Kalam Allah yang Agung.
Tadabbur 3 surah ini akan disampaikan dalam 3 siri berikut :
Siri 1 : Surah As-Soff
Imam Muda Hasan
Sabtu, 8 April 2023
10am-11.30am
✅Al-Saff - 14 Ayat
Madaniyyah
Bertasbih memuji Allah SWT dengan harapan kita dikurniakan nikmat kasih sayang
Siri 2 : Surah Al-Hasyr
Ustaz Nadzri
Sabtu, 15 April 2023
10am-11.30am
✅Al-Hasyr - 24 Ayat
Madaniyyah
Bertasbih memuji Allah SWT, dengan harapan kita dapat mematuhi arahan dan larangan Allah dan Rasul
Siri 3 : Surah Al-Jumu'ah
Ustaz Syaari Abd Rahman
Selasa, 18 April 2023
⌚10am-11.30am
✅Al-Jumu'ah - 11 Ayat
Madaniyyah
Bertasbih memuji Allah SWT dengan harapan kita diberi ketenangan dan dibersihkan hati dari segala sifat tercela
Marilah semua mengejar dan mendapatkan kemanisan Ramadan demi merealisasikan janji Allah SWT ke atas kita dengan menjadi hamba yang Muttaqin.
http://www.wasap.my/60132115983/RamadanSpiritualHealing
Perjalanan Jiwa Meraih Taqwa♥️
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Mari Ajak keluarga dan sahabat handai .
UPGRADE, VALUE ADD, Perbaiki diri, Keluarga, Organisasi, Komuniti
Jemput like & follow us
GrabNgaji Malaysia :
FB : https://m.facebook.com/100063525042348/
IG : https://www.instagram.com/grabngajimalaysia/